Zulin Aziz Disindir Warganet Gara-Gara Mula Berpakaian Ketat

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang tampil langsing sejak kebelakangan ini telah menyebabkan masih ramai yang terkejut.

Meskipun berat badannya telah susut, masih ada segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengan kejayaannya itu sehingga menuduhnya menyedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk kurus.

Walau bagaimanapun, Zulin berkata, dia sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan yang dilontarkan kepadanya. Menurut Zulin, dia tidak mampu untuk puaskan hati semua orang kerana apa sahaja yang dilakukannya pasti akan ada sahaja tidak kena di mata orang ramai.

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh puaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?

“Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.

“Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen (warganet),” jelas Zulin.

Zulin berkata, ada juga yang menyindirnya dengan menyuruh menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat sejak berbadan langsing. Walau bagaimanapun, Zulin mengakui adakalanya dia terleka dan teguran daripada orang ramai sedikit sebanyak membuatkan dia cepat sedar.

“Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina.

“Tak saya nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. InsyaAllah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.

Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca