Zoo Shanghai Perlu Bantuan Anda Beri Nama 4 Ekor Anak Harimau China Selatan Ini

Zoo Shanghai memerlukan bantuan orang ramai untuk memberi nama kepada empat ekor anak harimau jenis China Selatan yang lahir ke dunia ini pada 4 Julai lalu. Perkara itu diumumkan oleh jurucakap zoo yang bertempat di daerah Chingning pada Rabu.

Sumber: SHINE News

Difahamkan, ibu kepada anak-anak harimau berkenaan yang diberi nama Lu Lu dilaporkan berada dalam keadaan baik meskipun ini merupakan kali pertama ia melahirkan anak.

Sumber: SHINE News

Memetik laporan media tempatan, Lu Lu yang berusia enam tahun itu sangat sayang akan anak-anaknya dan sering mengawasi mereka sampaikan langsung tidak membenarkan kakitangan zoo datang dekat.

Bagi memastikan ibu dan anak harimau itu kekal sihat, kakitangan zoo dikatakan menyediakan susu, daging, vitamin dan tablet kalsium setiap hari.

Sumber: SHINE News

Selepas 54 hari berada dalam tempoh penjagaan, berat keempat-empat anak harimau itu dilaporkan meningkat dua hingga lima kilogram.

Untuk rekod, China merupakan satu-satunya habitat bagi spesies harimau China Selatan. Setakat ini, hanya terdapat kira-kira 200 ekor harimau China Selatan masih wujud di dunia ini.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan tiga fakta menarik tentang haimau yang anda perlu tahu. Untuk baca penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca