‘Zombie’ Ini Jual Pakaian Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Pada zaman ini, kita memerlukan strategi yang unik untuk menarik pembeli membeli barangan. Seorang wanita Thailand berusia 40 tahun mendapat perhatian di media sosial kerana strategi bijak menjual pakaian terpakai dalam talian.

Apa yang menarik dan unik dilakukan olehnya adalah, pakaian yang dijual itu bukan milik orang biasa, tetapi ianya milik orang yang sudah meninggal dunia.

Di samping itu, beliau juga mengenakan pakaian cosplay dan solek muka seperti zombie kerana sebahagian besar pakaiannya berasal daripada orang yang sudah tiada dan sesuai untuk dijadikan modal tarikan penstriman langsung.

Portal Oddity Central melaporkan Kanittha Thongnak menjual pakaian terpakai di Chon Daen, utara Thailand, selama tiga tahun sebelum pandemik COVID-19.

Oleh kerana perniagaan secara jalanan ditutup, dia mendapat idea menjual secara penstriman langsung.

Menjual pakaian terpakai yang kebanyakannya ditinggalkan oleh mereka yang sudah tiada selalu menjadi pantang larang.

Pada mulanya, Kanittha tidak mendapat perhatian dan tiada bajunya terjual melalui penstriman langsung sebelum dia mendapat idea menjadi seperti zombie.

Idea mengubah dirinya menjadi mayat hidup muncul apabila rumahnya tiada air untuk menyegarkan muka.

Ketika itu, dia memakai bedak putih yang membuatnya kelihatan seperti hantu.

Dia meneruskan penstriman langsung dalam keadaan penampilan menakutkan dan tidak sangka menerima banyak tontonan daripada orang ramai.

Hanya dalam lima hari, siaran langsung Kanittha setiap malam berubah-ubah hingga ditonton lebih 4,000 orang.

Jualannya juga mendapat sambutan hangat apabila bersiaran antara 10 malam hingga 3 pagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kisah-kisah unik seperti ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca