Hakim Ziyech atau lebih dikenali sebagai “The Wizard of Amsterdam” adalah pemain bola sepak profesional kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Maghribi.

Beliau seorang pemain bola Muslim Morocco yang terkenal bahkan namanya menjadi sebutan warga dunia selepas tular di satu ciapan Twitter mengenai kisah inspirasi yang dilakukan beliau.
Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Khaled Beydoun, seorang peminat sukan dan profesor undang-undang telah mendedahkan satu perkara yang cukup menarik.

Ziyech tidak pernah mengambil satu sen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk negaranya sejak tahun 2015 sebaliknya mendermakan kesemua wang tersebut kepada staf pasukan dan juga keluarga miskin di negaranya Morocco.
Tidak kurang hebat Ziyech juga menyumbangkan gajinya kepada hospital pesakit kanser.
Hakim Ziyech menerima bonus daripada pasukan kebangsaan Maghribi sebanyak USD 325 ribu atau bersamaan 5.4 bilion untuk penyertaannya di Piala Dunia 2022. Jumlah itu yang telah didermakan oleh beliau.

Walaupun beliau menjaga privasi, tetapi kebaikan yang dilakukannya telah tular di media sosial dan menjadi kisah inspirasi.
Kisah inspirasi ini wajar dijadikan contoh kepada seluruh warga dunia, bukan semata ingin mengejar populariti namun jika ada contoh baik yang ditunjukkan maka ia patut dijadikan sebagai teladan.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: