Zikir Tok Ki Jauh Menyimpang Daripada Ajaran Islam, JAIP Tampil Buat Siasatan

Baru-baru ini telah tular tiga klip video yang merakamkan aksi pelik sekumpulan jemaah surau di Jerantut, Pahang. Video itu dipercayai dirakam 11 Julai, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, beliau mendakwa bahawa terdapat beberapa unsur yang mampu menggugat akidah dan dilihat seperti ajaran sesat namun belum dikenal pasti ajaran apa dibawa kumpulan itu.

Beliau juga meminta individu atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan video ini tampil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa agar ajaran-ajaran pelik seperti ini berhenti mempengaruhi akidah masyarakat Islam di Malaysia.

Video tersebut jelas dirakamkan dari luar tingkap surau dan seperti dalam keadaan intipan. Ritual ini mungkin sudah lama diamalkan oleh jemaah tersebut namun penduduk mula berani mendedahkan hal ini.

Gelagat aneh jemaah yang menunduk, berdiri dan bergoyang-goyang sambil menyebut sesuatu yang sukar difahami tersebut berlaku di Surau Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, JAIP tidak mendapat sebarang aduan tentang video tersebut namun siasatan tetap akan dijalankan memandangkan hal ini amat berat kerana melibatkan isu akidah umat Islam.

Info awal dikenal pasti alasan bahawa ritual di surau terbabit adalah salah satu proses perubatan rawatan Islam yang dijalankan ketika itu.

Ajaran yang dipercayai dibawa masuk oleh seorang lelaki dari Terengganu yang digelar Tok Ki atau Tok Ayah telah dipanggil oleh JAIP untuk sesi perbincangan dan mendapatkan keterangan dari individu terbabit.

Namun, individu ini gagal untuk hadir. Walau bagaimanapun, individu ini akan ditemui oleh panel Jabatan Agama Islam Pahang di kampung serta bersama individu terbabit bersama jemaah yang terlibat di dalam video tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca