Zayn Malik Dan Gigi Hadid Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Supermodel ternama antarabangsa, Gigi Hadid selamat melahirkan cahaya mata pertamanya bersama dengan penyanyi tersohor, Zayn Malik. Zayn dan Gigi mengumumkan kelahiran permata hati mereka pada hari ini.

Zayn berkata menerusi satu ciapan di laman Twitter, “Anak perempuan kami selamat dilahirkan ke dunia dalam keadaan sihat dan cantik. Ia merupakan satu perkara yang sukar untuk saya menggambarkan perasaan dengan kata-kata.

Sumber: Twitter @zaynmalik

Saya bersyukur dapat kenal dia dan bangga dapat memanggil kanak-kanak ini permata hati saya. Saya berterima kasih untuk kehidupan yang kita bakal kongsi bersama-sama pada masa hadapan.”

Gigi turut memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya dengan kapsyen, “Walaupun cahaya mata ini menyertai keluarga kami pada hujung minggu lalu, dia sudah mengubah hidup kami.”

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata peminat tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka saat mendengar berita ini:

Memetik laporan E! News, Gigi dilaporkan memberi peluang kedua kepada penyanyi Pillow Talk itu untuk kembali bersama pada Disember 2019 setelah mempunyai hubungan on-and-off semenjak akhir tahun 2015.

Sumber: Twitter

Pasangan itu bagaimanapun mengesahkan mereka kembali bersama pada Februari 2020 menerusi satu hantaran di laman Instagram Gigi.

View this post on Instagram

HEY VALENTINE Z on the farm ♡ Dec 2019

A post shared by Gi’sposables 📸 (@gisposable) on

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut atas berita gembira ini.

Untuk baca artikel-artikel lain tentang dunia hiburan Hollywood, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca