Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Kekasih Hati

Nama pelakon Zarina Anjoulie seperti tidak asing lagi di media sosial gara-gara mulutnya yang lantang apabila berbicara. Namun, sikapnya itu disenangi oleh rata-rata warganet kerana dikatakan tidak hipokrit.

Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Anju ini sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukannya di laman sosial Instagram.

Namun, siapa sangka semalam, Zarina Anjoulie telah selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya selepas memberi beberapa ‘hint’ sebelum ini.

Menerusi Instagram story Anju semalam, dia dilihat telah memuat naik beberapa video memperlihatkan dirinya berbusana pengantin serba putih bersama kekasih hati di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan yang dipercayai merupakan tempat tinggal Anju dan ibunya.

Menerusi perkongsian itu juga, pasangan itu kelihatan seakan-akan sudah bernikah memandangkan bapa Anju turut kelihatan berada disana untuk mewalikan anaknya.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Anju berhubung perkara itu. Jika benar Anju dan pasangan sudah selamat diijabkabulkan, semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan.

Sebelum ini, Zarina pernah mendedahkan bahawa dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin. Malangnya, hasrat mereka itu terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.

Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca