Selepas kerap berkongsi tentang kekasihnya dan persiapan untuk berkahwin, Zarina Anjoulie tiba-tiba padam gambar tunangnya di media sosial.
Baru-baru ini, pelakon, Zarina Anjoulie atau nama panggilannya, Anju sering kongsikan kebahagiaan bersama kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Pasangan ini sudahpun bertunang pada bulan lepas dengan majlis “simple” yang dipuji warganet dan menurut Anju, mereka akan bernikah pada bulan Mac ini.
Semalam, duta Qayra Beauty ini telah memuat naik video promosi lipstik tetapi dengan mengatakan yang dia sedang patah hati.
Kemudian, dia memuat naik gambar baru di Instagram dengan satu ungkapan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud dia telah elakkan dirinya dari perkara yang tidak diingini.
Khazrul juga turut bersuara tentang berita sedih ini di Tiktok Story bahawa ini semua adalah takdir yang telah ditulis.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa (Khazrul) tak sebaik mana yang mama (Anju) impikan. Kita berdua masih ada kekurangan,” katanya.
Dalam kenyataan yang diberi, Khazrul amat hargai kenangannya dengan Anju sepanjang mereka bersama.
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan Mama dapat orang yang lebih baik,
“Terima kasih atas cinta Mama kepada Papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu),” tambahnya lagi.
Peminat turut rasa sedih dengan berita tersebut dan berharap agar mereka akan bahagia satu hari nanti.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: