“Zaman Wanita Ditindas Sudah Berlalu, Cukup-Cukuplah Watak Wanita Lemah.” – Izara Aishah

Sebut sahaja Izara Aishah, pasti semua orang kenal. Walaupun sudah jarang muncul di kaca televisyen, lakonannya yang bersahaja itu sudah tentu sekali mendapat tempat di hati para peminat.

Menurut pelakon drama 100 episod Jodoh-Jodoh Anisa ini, dia tidak mahu melakonkan watak wanita lemah sebaliknya dia lebih cenderung kepada watak yang mengangkat martabat wanita.

“Saya menolak untuk melakonkan watak wanita lemah, dipukul, dirogol dan ditindas golongan lelaki selepas ini.”

“Cukup-cukuplah cerita kaum lelaki yang memandang rendah dan menindas kaum wanita kerana zaman itu sudah berlalu,” kata Izara Aishah ketika ditanya perkembangan terkini kariernya.

Tambahnya lagi, dia memilih untuk melakonkan watak wanita yang kuat, tabah dan berdikari dalam menempuh kehidupan.

“Kaum wanita memang nampak lembut di luar tetapi dalamannya kuat dan masih ada perasaan hormat yang tinggi kepada kaum lelaki sebagai pemimpin,” ujarnya.

Apabila ditanya berkenaan dakwaan yang mengatakan bahawa dia memperlahankan karier seni selepas bergelar isteri kepada Adib Khalid, Izara menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Saya masih aktif berlakon cuma selektif dengan watak ditawarkan sejak dulu. Projek terbaru ialah filem Ombak Rindu 2 arahan Osman Ali untuk Iflix.”

“Bila sudah berkahwin memang suami akan meneliti skrip naskhah yang ditawarkan terlebih dahulu.”

“Kalau watak yang ditawarkan menepati cita rasa dan suami kata okey barulah saya terima,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia tetap meletakkan keutamaan terhadap rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu berbanding dunia lakonan.

“Bila sudah berkahwin, saya pikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri.”

“Minat macam mana pun dalam bidang seni, rumah tangga tetap diutamakan dan karier seni kini jatuh nombor 2,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca