Z&A Management Resources Sedia Servis Perakaunan Dan Cukai Terbaik Untuk Enterprise, Sdn Bhd Dan PLT

Mahukan servis perakaunan secara outsource yang terbaik untuk uruskan syarikat anda dengan lebih teratur? Ini merupakan artikel yang anda patut baca sampai habis.

Ramai di antara golongan usahawan tidak menyedari kepentingan mempunyai akaun perniagaan yang lengkap.

Bahagian akaun sebenarnya antara komponen penting dalam sesebuah syarikat terutamanya bila syarikat yang diusahakan mempunyai aliran tunai yang tinggi.

Kawalan yang tepat seharusnya dipraktikkan dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau ditanya berkaitan isu pengurusan perakaunan, boleh dikatakan majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah berkenaan.

Kelemahan ini sering terjadi disebabkan pengusaha sendiri yang mengendalikannya pada peringkat awal.

Terdapat banyak hal yang perlu diuruskan melibatkan urusan keluar masuk duit yang perlu direkodkan. Segala transaksi dan penyata bank mesti disimpan dengan baik.

Ini sudah memadai bagi menunjukkan betapa susah dan mungkin melecehkan untuk pihak pemilik sendiri menguruskan bahagian akaun, ditambah pula dengan kesibukan menguruskan hal-hal urusan yang lain.

Kekurangan ilmu dalam menguruskan bahagian akaun juga merupakan antara salah satu masalah yang terjadi sehingga menyebabkan tiada perkembangan dalam perniagaan.

Justeru, langkah yang efektif untuk mengatasi masalah-masalah ini adalah pengusaha boleh mendapatkan khidmat akauntan luar untuk menguruskannya.

Dalam hal ini, Z&A Management Resources merupakan pilihan yang tepat buat anda.

Syarikat perkhidmatan ini menawarkan khidmat profesional secara menyeluruh di bawah satu bumbung bagi peniaga tidak kira sendirian berhad mahupun enterprise.

Bukan sahaja menyediakan servis pengurusan perakaunan malah terdapat juga beberapa jenis perkhidmatan yang lain turut disediakan.

Berikut merupakan senarai servis yang ditawarkan oleh Z&A Management Resources:

1. Accounting services (Perkhidmatan perakaunan)

2. Financial consultant (Perunding kewangan)

3. Audit advisor (Penasihat Audit)

4. Company secretary services (Perkhidmatan setiausaha syarikat)

5. Tax consultant (Perunding cukai)

6. Investment consultant (Perunding pelaburan)

Dengan adanya servis-servis seperti ini, anda tidak perlu risau lagi. Mereka akan uruskan proses kewangan bisnes anda dari A hingga Z. Anda boleh terus tekan DI SINI jika berminat.

Servis Z&A Management Resources

1. Perkhidmatan perakaunan (Accounting services)

Sumber: Small Biz Trends

Z&A Management Resources menyediakan perkhidmatan perakaunan dan latihan asas bagi membantu menguruskan perbelanjaan syarikat klien.

Manfaat servis akauntan luar adalah untuk mengemaskan bahagian akaun syarikat anda dan hasil laporan yang dikeluarkan akan lebih berkualiti lagi teratur.

Setiap bulan, pelanggan perlu memberi semua dokumen kepada pihak mereka dan mereka akan membuat penyata kewangan.

Selain itu, mereka juga menguruskan bayaran pekerja syarikat klien pada setiap bulan.

Segala dokumen seperti invois, penyata aliran bank dan resit transaksi akan direkod oleh pihak mereka.

Pihak Z&A turut memberikan penerangan mengenai laporan pengurusan kepada klien untuk kefahaman pihak klien.

Pemantauan akaun-akaun klien daripada pihak mereka dibuat untuk melihat perkembangan dan juga potensi pembangunan sesuatu syarikat itu.

Tambahan pula, anda akan diberikan nasihat dan rundingan mengenai aliran tunai syarikat anda.

2. Perunding kewangan (Financial consultant)

Jenis perkhidmatan ini pula penting kepada pelanggan yang menginginkan bantuan dalam mengatur serta memperbaiki pengurusan kewangan mereka.

Mereka akan memberi cadangan berdasarkan keperluan sebenar kewangan prospek, bukan sekadar menyediakan quotation kepada pelanggan berdasarkan produk mereka sahaja.

Empat perkara asas dalam apa sahaja perancangan kewangan mestilah pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti.

Pihak Z&A akan membentangkan prestasi kewangan syarikat anda secara info grafik dan memberi khidmat nasihat mengenainya.

Antaranya ialah tentang cash flow, perancangan cukai serta faedah-faedah lain kepada klien seperti pinjaman, geran dan sebagainya.

Mereka juga akan menyelesaikan masalah kewangan klien secara eksklusif pada setiap klien yang ada.

3. Penasihat Audit (Audit advisor)

Seterusnya, servis penasihat audit bertujuan membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dalam memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus. 

Mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik bagi membantu anda di dalam pekara-pekara berkaitan audit dengan merujuk kepada Malaysian Institute Accountant sebagai panduan berkaitan dengan audit syarikat.

4. Perkhidmatan setiausaha syarikat (Company secretary services)

Bagi syarikat yang baru buka pula sangat sesuai untuk mengambil perkhidmatan setiausaha syarikat daripada pihak Z&A Management Resources.

Mereka akan membantu anda dari awal sehingga akhir proses dalam memberi nasihat kepada pekara-pekara yang berkaitan dengan Syarikat dan juga Lembaga Pengarah.

Peranan Setiausaha Syarikat amat penting bagi memantapkan syarikat anda ke dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang pesat dan semakin banyak peraturan serta undang-undang baharu diperkenalkan.

5. Perunding cukai (Tax consultant)

Dalam apa-apa aktiviti perniagaan pasti ada sesuatu tempoh yang memerlukan pengiraan cukai.

Anda boleh menggunakan khidmat konsultan cukai untuk mendapatkan nasihat dalam menambah baik pengurusan cukai perniagaan anda.

Konsultan cukai juga dikenali sebagai perunding dan penasihat cukai adalah mereka yang pakar dalam undang-undang, penguatkuasaan dan pematuhan percukaian.

Berperanan besar dalam memberikan panduan skop cukai dan perbelanjaan klien.

Mereka turut memastikan pulangan cukai terhadap klien selain bertindak memastikan liabiliti cukai klien di tahap minimum.

6. Perunding pelaburan (Investment consultant)

Perunding pelaburan pula merujuk kepada pihak profesional yang menyediakan pelabur dengan produk pelaburan, nasihat dan perancangan.

Perunding pelaburan daripada Z&A Management Resources akan melakukan kerja mendalam untuk merumuskan strategi pelaburan untuk pelanggan, membantu mereka memenuhi keperluan mereka dan mencapai matlamat kewangan mereka.

Perunding pelaburan yang berkhidmat mempunyai pengalaman dalam pelbagai aspek dunia kewangan.

Banyak perunding pelaburan mahir dalam perancangan cukai dan harta, peruntukan aset, pengurusan risiko, perancangan pendidikan dan persaraan.

Sekiranya anda sedang mencari servis-servis di atas seperti mana yang Z&A Management Resources sediakan, ini adalah jalan terbaik untuk anda mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

Pelbagai jenis tips dan panduan akan diberi sepanjang tempoh perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Selaras dengan slogan Z&A Management Resources iaitu β€˜personal touch for your business’, mereka berkebolehan dalam membantu menyelesaikan masalah pengurusan syarikat anda.

Sepanjang tujuh tahun pengalaman mengendalikan servis dalam bidang ini, lebih 30 klien yang mengambil perkhidmatan mereka dari usahawan yang pelbagai latar belakang syarikat.

Sumber: Google Review

Ramai pelanggan mereka yang memberikan respon positif mengenai perkhidmatan yang mereka laksanakan.

Di samping itu, mereka turut banyak menyelesaikan masalah-masalah klien terutamanya bagi pengusaha yang mengalami isu akaun tidak terurus.

Pihak Z&A telah membantu serta membimbing para usahawan ini sehinggakan kebanyakan dari pelanggannya telah menaik taraf dari syarikat Enterprise ke Sendirian Berhad.

Kualiti servis yang premium ini sangat berbaloi dengan kos harga yang mereka tawarkan.

Anda tidak perlu kusut kepala lagi memikirkan penyelesaian keluar daripada masalah pengurusan yang sering mengganggu anda.

Sebaliknya, jimatkan masa yang ada dengan hanya mendapatkan perkhidmatan Z&A Management Resources sahaja.

Sebagai usahawan, anda mestilah nak yang terbaik untuk perniagaan anda terus maju dengan berkembang bukan? 

Serahkan sahaja kepada pakar untuk mengendalikannya.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi:

Nombor Telefon: 012-6827247 / 0126817247

Nombor Pejabat: 03-58711680

Alamat: Z&A Management Resources, No 42-1st, Jln Eco Grandeur 1/8A, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/people/ZA-Management-Resources/100064015866688/

Instagram: https://www.instagram.com/zna.mgmtres/

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca