Pengumuman daripada penyanyi terkenal, Yuna berkenaan kolaborasi dengan penyanyi dan pencipta lagu popular Korea-Amerika iaitu Jay Park mendapat perhatian peminat.

Menurut Yuna yang pernah bergandingan dengan Usher sebelum ini menerusi lagu Crush, karya terbaharunya yang berjudul Does She bakal menampilkan Park.

View this post on Instagram

Casual monday with @jparkitrighthere

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

“Saya rasa Jay Park sangat berbakat, dia boleh menyanyi, rap, menari dan dia juga ada street credit di Seoul yang saya rasa sangat bernilai pada seseorang artis,” kata Yuna.

“Saya mahu bekerja dengan orang yang percaya kepada muzik dan bakat saya.”

“Does She merupakan lagu daripada saya dan penulis lagu iaitu Sam Farrar. Lagu ini melalui banyak proses untuk sampai ke tahap versi akhir,” ujarnya lagi.

Penjelasan Yuna itu sekali gus menjawab segala persoalan yang bermain di minda para peminat setelah Yuna dan Park masing-masing memuat naik gambar bersama di laman Instagram mereka.

Album keempat Yuna yang berjudul Rouge bakal menemui peminat pada 12 Julai depan. Rata-rata peminat Yuna dan Park sangat teruja dan tidak sabar untuk kolaborasi ini.

Pada masa yang sama, album terbaharu Yuna ini juga bakal memuatkan lagu hasil kolaborasi bersama dengan nama-nama gah dalam dunia seni iaitu G-Eazy, Kyle dan Tyler, the Creator.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda