YouTuber Masakan Terkenal Ini Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

Kemelut rumah tangga pasangan YouTuber masakan terkenal ini mencuri perhatian orang ramai selepas M. Sugu mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Tertuduh, M. Sugu membuat pengakuan berkenaan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen pada pagi ini.

Mahinderjit Singh iaitu peguam yang mewakili tertuduh berkata Pavithra telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap suaminya pada Rabu lalu (22 Julai).

Sumber: Astro Awani

Menurut peguam itu lagi, kes ini hanyalah berkaitan salah faham antara pasangan suami isteri. Pasangan ini juga sudah mempunyai dua orang cahaya mata berusia dua dan lapan tahun.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa isteri tertuduh hanya mampu membayar ikat jamin antara RM5,000 dan RM10,000. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail bagaimanapun memohon pihak mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan kepada pihak tertuduh.

Peguam pihak tertuduh sebaliknya memohon jaminan kerana ia merupakan kes keganasan rumah tangga. Mahkamah akhirnya memutuskan untuk membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan sehingga kes ini selesai.

Sementara itu, pihak mahkamah juga menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes. Isterinya, M. Pavithra yang turut berada di mahkamah tidak mahu memberi sebarang ulasan kepada wartawan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca