YouTuber Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

Aedy Ashraf menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas aktor itu memuat naik satu ciapan di Twitter yang memaparkan perbualan antara dirinya dengan Isa Isarb.

Dalam tangkap layar (screenshot) berkenaan, anda dapat melihat Aedy yang bersedia untuk berlawan dengan Isa sebaliknya telah menerima nasihat daripada YouTuber itu.

Sumber: Twitter @aedyxashraf

Isa menasihati Aedy supaya tidak berlawan dengan petinju profesional pada Ogos ini. Selain itu, Isa juga menyarankan acara perlawanan antara dirinya bersama Aedy di mana mereka akan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mendapatkan tajaan.

Sumber: Instagram Aedy Ashraf

Tidak berhenti di situ, Isa turut menambah bahawa mereka boleh menjemput individu berpengaruh untuk menonton acara tinju berkenaan. Selepas Aedy memuat naik tangkap layar itu, Isa kemudiannya membalas ciapan berkenaan dengan menasihatkan pelakon Projek: Anchor SPM terbabit berlatih dahulu kerana dikhuatiri akan kaku ketika berada di gelanggang tinju.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut berkata ia sudah seperti Logan Paul dan Floyd Mayweather yang berlawan atas ring:

Bukan itu sahaja, orang ramai turut berharap tiada aksi memanggil kawan ‘sekampung’ untuk membalas dendam sekiranya perlawanan tersebut benar-benar dianjurkan.

Sumber: Instagram Isa Isarb

Untuk pengetahuan anda, Logan Paul ialah seorang YouTuber yang telah berlawan dengan petinju profesional dan setiap perlawanan beliau sentiasa mencuri perhatian orang ramai.

Sumber: Instagram Logan Paul

Buat anda yang masih keliru, terdapat insiden melibatkan beberapa orang ahli kumpulan YouTuber Isarb yang didakwa telah membelasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang kerana dipercayai tidak puas hati. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca