YouTuber Ini Dikecam Teruk Selepas Beli 1,000 Kool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’

Baru-baru ini, trend membela ‘babi air’ di TikTok sudah menjadi ikutan ramai di media sosial. Ramai juga yang cuba rendam Kool Fever sehingga ia kembang untuk dijadikan ‘babi air’.

Buat anda yang masih keliru, ‘babi air’ ini comel dan berwarna-warni jadi ramai kanak-kanak tertarik dengan mainan berkenaan. Gara-gara mahu mengikut trend berkenaan, seorang YouTuber sebaliknya menerima kecaman hebat daripada warganet kerana sanggup membeli 1,000 Kool Fever untuk membuat ‘babi air’ sebagai cabaran dan konten video sendiri.

Sumber: Twitter @muhdnajib103

Pada mulanya, Aisar Khaledd menunjukkan bagaimana beliau bersama abangnya mendapatkan 1,000 Kool Fever yang turut dikenali sebagai ‘babi air’.

Selepas itu, Aisar kemudiannya memasukkan semua Kool Fever tersebut ke dalam kolam renang mudah alih. Challenge yang melibatkan beberapa rakan dengan artis ini turut menyaksikan bagaimana Kool Fever berkenaan dibaling untuk dimasukkan ke dalam sebuah baldi.

Sumber: The Vocket

Walau bagaimanapun, apa yang lebih membuatkan penonton geli adalah YouTuber tersebut turut ‘memakan’ Kool Fever yang direndam di dalam kolam renang. Bukan itu sahaja, kolam renang tersebut digunakan oleh lelaki itu untuk mandi bersama rakan-rakannya.

Sumber: The Vocket

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati tindakan YouTuber berkenaan menerima reaksi negatif daripada orang ramai:

Dalam pada itu, apa yang lebih menyayat hati adalah terdapat juga yang tidak dapat membeli Kool Fever untuk ahli keluarga mereka yang demam:

Apa pendapat anda berkenaan video ini? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca