Baru-baru ini, sebuah video prank di laman YouTube yang dimuat naik oleh Bros Gang TV mengenai seorang wanita yang sanggup meninggalkan teman lelakinya untuk RM20,000 menjadi bualan ramai.
Bros Gang TV akhirnya tampil dengan sebuah penjelasan untuk menjelaskan apa yang benar-benar berlaku di sebalik video sosial eksperimen Gold Digger Test mereka yang tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, Bros Gang TV akhirnya mengaku video berkenaan adalah lakonan semula berdasarkan ‘kisah benar’ yang didengari oleh pihak mereka.
Ianya adalah lakonan based on true story. They said pic.twitter.com/NQdpTix6ZY
— ๐๐ฎ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฎ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ (@syahmrzaa) July 25, 2020
Dalam kenyataan tersebut, mereka buat video berkenaan hanya sekadarย entertainment based on true story. Mereka turut mendakwa rata-rata warganet telah membuat andaian yang salah terhadap video berkenaan sehingga ada yang sanggup membuat kenyataan palsu mewakili pihak gadis.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter turut mendapati rata-rata warganet menganggap individu berkenaan tidak perlu tutup muka sekiranya ia hanya lakonan semata-mata:
Dah kena kecam, putar pulak kata semua lakonan based on true story, woii kalau lakonan org x ttp muka tu, pernah tgk mcm mana dkt 999 ke mana2 rancangan yg diorng buat lakonan semula based on true story, mana ada ttp muka. Nak kencing pun agak2 la lahanat, sah YOUTUBERS SAMPAH
— ImJustNoxy (@noxytheonlyone) July 26, 2020
katanya berlakon, ni yang interview ni asal nak tutup muka lagi pic.twitter.com/jHsamEpNV9
— ๐ฎ (@hafiezhadi) July 26, 2020
If lakonan kena bagitahu la before or ending lakonan tu โ ini semua hanya lakonan semata-mata berkisahkan cerita sebenar dan tiada kaitan dengan hidup dan mati โ hahh kan senang macam gitu, kalau macam gini baru nak keluarkan memang semua fikir yg diaorang nak cover.
— muhmdnbil (@nbilmslan1) July 26, 2020
if its lakonan based on true story then why r their faces blurred out,,, hurm https://t.co/UXomW8vMsM
— dk (@dddolannn) July 27, 2020
Mende lakonan semula based on true story tapi tutup muka. Cite neraca kisah benar takde pun tutup tutup muka elok je. https://t.co/BBqGfYN09a
— anep (@hanifjamals) July 26, 2020
Bagi yang masih keliru, Gold Digger Test dalam laman YouTube Bros Gang TV ini merupakan satu โujianโ untuk menguji sama ada gadis ataupun lelaki yang diuji itu seorang yang setia ataupun kaki kikis.
Jalan cerita video ini bermula apabila gadis tersebut yang diberi nama Erin dikatakan sudah lama ‘menanam anggur’ (jobless). Walau bagaimanapun, Erin kemudiannya ditawarkan wang ringgit bernilai RM20,000 dengan syarat wanita itu perlu meninggalkan teman lelakinya sekiranya dia mahukan wang tersebut.
Pada penghujung video ini, Erin telah memilih wang yang ditawarkan kepadanya itu dan sanggup meninggalkan teman lelakinya.
Anda boleh tonton video penuh penjelasan mereka di bawah.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: