Youtuber Direman Atas Dakwaan Perkosa Gadis

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita seorang pendakwah selebriti atas dakwaan perkosa gadis kini sekali lagi dikejutkan dengan berita seorang Youtuber telah ditahan bagi membantu siasatan atas kes dakwaan perkosa seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa, Ogos lalu.

Sumber: Sinar Harian

Dipercayai wanita tersebut telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu selepas mendakwa dirinya diperkosa oleh suspek pada 1 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian selepas tamat penggambaran drama yang melibatkan Youtuber tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dihubungi oleh rakan yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di Youtube. Mangsa kemudiannya telah diperkenalkan kepada suspek dan ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.

Menurut mangsa, setelah selesai sesi penggambaran tersebut, mangsa telah diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan harinya. Suspek kemudiannya telah didakwa masuk ke bilik mangsa ketikanya sedang berseorangan dalam bilik.

Sumber: Utusan

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli, telah mengeluarkan perintah reman tersebut bermula semalam terhadap suspek yang berusia 22 tahun, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek telah hadir menyerah diri pada jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca