Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kembali mendapat perhatian warganet kerana kenyataan ringkasnya yang mengatakan dia sudah berkahwin. Ameera Khan sebelum ini menyepi selama beberapa bulan kerana dia menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Melalui laman Instagramnya, Ameera Khan memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang juga mungkin merupakan teman istimewanya. Warganet mula membuat andaian dan spekulasi tentang hubungan Ameera Khan dengan lelaki itu.

Terdapat satu komen daripada seorang pengguna laman sosial itu yang menyatakan dia sudah berkahwin. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Ameera Khan mengeyakan dakwaan tersebut dengan membalas “Yes.” Balas ringkas Ameera Khan telah menimbulkan tanda tanya kepada warganet.
Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet:
“Tahniah Ameera,” tulis salah seorang warganet.
“Tahniah, bila majlis di Kuala Lumpur?” tanya salah seorang pengguna laman itu.
“Saya berharap kalian akan kekal lama,” tulis seorang lagi warganet.

Walau bagaimanapun, tiada kenyataan sahih dan rasmi lagi dikeluarkan oleh tuan empunya badan. Jika dakwaan ini betul, diharapkan hubungan mereka kekal dan bahagia sehingga akhirnya. Sama-sama kita doa yang baik-baik untuk Ameera Khan dan pasangan.
Untuk baca artikel lain berkenaan selebriti di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: