YDP Agong Dan Raja Permaisuri Agong Zahir Penghargaan Kepada Jururawat Sempena Hari Jururawat Sedunia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di negara ini serta menyatakan penghargaan terhadap segala jasa dan sumbangan jururawat demi menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Bersempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia, baginda berdua menzahirkan sanjungan yang tinggi di atas perjuangan para jururawat yang berkorban dan bekerja keras sepanjang krisis COVID-19 yang melanda negara ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi Istana Negara, Tunku Azizah bertitah, baginda sangat menghormati komitmen dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan para jururawat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas untuk merawat pesakit.

“Para jururawat adalah antara aset yang sangat penting bagi Kementerian Kesihatan dan negara.

“Syabas dan terima kasih di atas perkhidmatan kesihatan dan jasa khidmat kepada masyarakat.

“Anda semua wira dan wirawati kami,” titah baginda yang ditulis melalui hantaran rasmi itu.

Jasa dan pengorbanan semua jururawat dan seluruh barisan hadapan sangat besar kepada negara. Merekalah yang bertungkus lumus dikala kita semua hanya diarahkan untuk duduk di rumah sahaja. Jadi hargailah perjuangan mereka semua.

Untuk baca artikel lain berkenaan YDPA dan Raja Permaisuri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca