YB Syed Saddiq Tampil Membela Pembayaran Elaun Kepada Pelajar Latihan Praktikal

Beberapa hari yang lalu, Malaysia telah melakar sejarah dalam sistem Perlembagaan Negara apabila usia kelayakan pengundi pada Pilihan Raya Umum yang ke-15 telah diturunkan dari had umur 21 tahun ke 18 tahun.

Kejayan ini hasil daripada usaha kempen #undi18 yang diterajui oleh Menteri Belia Dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq dalam mengetengahkan hak golongan belia dalam pembangunan negara.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, YB Syed Saddiq akan cuba mengusulkan cadangan baru yang akan memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal menghadapi dunia pekerjaan.

Melalui perkongsian video di laman Twitter miliknya, dia akan mengusulkan isu berkaitan dengan pembayaran elaun kepada pelajar praktikal di dalam satu kabinet khas yang bakal membincangkan isu-isu mengenai anak muda sahaja.

Perkara ini dilihat sebagai ketidakadilan kepada pelajar-pelajar khususnya kepada golongan B40 dan M40 yang tidak mendapat sebarang bayaran ketika menjalankan latihan praktikal.

Perkongsian itu juga telah mendapat reaksi balas daripada pelajar-pelajar latihan praktikal.

Malah, tidak ketinggalan juga terdapat syarikat yang memberikan pendapat mereka.

Walau bagaimanapun, isu yang bakal diusulkan itu diharapkan mendapat sokongan dan persetujuan pelbagai pihak bagi membela nasib pelajar-pelajar terutamanya kepada golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca