Yazit Search Temui Ajal Selepas Bertarung Nyawa Di ICU

Pemain dram kumpulan rock legenda Search iaitu Yazit Ahmad telah menemui ajal pada usia 57 tahun selepas menderita akibat kerosakan otak.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

Menurut rakan-rakan rapat Allahyarham, doktor telah mengambil keputusan untuk mencabut mesin bantuan hayat sekitar jam 8.35 pagi Khamis.

Penderitaan yang ditanggung pemuzik itu mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu telah melawat Yazit di rumahnya dan pada masa yang sama menyampaikan sumbangan peribadi untuk meringankan bebannya.

Yazit yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu telah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru.

Menurut laporan Astro Awani, Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Gombak dan dikebumi sebelum solat Zuhur.

Al-Fatihah. Team Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Yazit Ahmad.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca