Yarsagumba, Herba Ajaib Yang Mampu Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

Dolpa merupakan sebuah daerah terpencil yang mempunyai lembah-lembah curam dan beriklim kering yang terletak di Nepal. Daerah ini merupakan salah satu daerah yang terkenal dengan herba paling mahal iaitu Yarsagumba.

Setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan berkunjung ke Dolpa untuk menuai Yarsagumba. Sesi persekolahan di pendalaman Nepal terpaksa diberhentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negara Nepal, Tibet, Bhutan dan India.

Sebelum musim hujan, spora daripada cendawan cordyceps akan menjangkiti ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah.

Kemudian, secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ia tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.

Penduduk tempatan percaya herba ini adalah ubat ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, kanser dan banyak lagi.

Yarsagumba mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia yang lain. Harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram.

Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi sekilo herba ini boleh mencecah sehingga RM400,000 di pasaran antarabangsa seperti China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca