“Yang Penting Mesej, Bukan Huruf Atau Bahasa.” – Dato’ Dr. Hussamuddin

Pengasas kempen ‘Uninstall Kebencian, Reboot #MalaysiaHarmoni’ iaitu Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacub menyampaikan mesej penyatuan menerusi sekeping kad ucapan Tahun Baharu Cina yang ditulis menggunakan beberapa bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Lebih menarik perhatian ramai adalah apabila ucapan dalam tulisan Jawi turut disertakan dalam kad itu. Malah, Hussamuddin juga menulis namanya dalam kaligrafi Cina.

“Perbezaan daripada segi huruf tidak akan memberi perubahan pada maknanya,” kata Hussamuddin.

“Menulis nama saya dalam bahasa Cina tidak akan menjadikan saya seorang Cina.”

“Begitu juga menulis dalam tulisan Jawi tidak akan membuatkan seorang bukan Muslim menjadi Muslim,” kata beliau seperti yang dipetik The Star.

Memetik laporan Astro Awani, beliau menyeru kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan pendakwah supaya tidak memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan sentimen tidak sihat.

Hussamuddin yang juga merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menyeru seluruh media serta pihak sekolah untuk terus mempromosikan inisiatif yang bertujuan menyingkirkan kebencian.

“Kita perlu mengatasi faktor ketakutan yang berkaitan dengan 13 Mei.”

“Kita perlu menghentikan tindak-tanduk sebilangan kecil pendakwah agama yang mahu menanam rasa benci kepada masyarakat minoriti, sedangkan majoriti kita meraikan kepelbagaian dalam perpaduan,” ujar beliau.

“Ini boleh dicapai dengan memahami rukun negara dan rasa hormat antara satu sama lain,” tambah beliau.

Sebelum ini, kami ada mengupas tentang isu mengapa kaum lain sangat takut pada tulisan Jawi sedangkan ia cuma tulisan semata-mata. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca