Yakin Dengan Vaksin COVID-19 Rusia, Presiden Filipina Ini Rela Jadi ‘Tikus Makmal’

Baru-baru ini, kerajaan Rusia mendakwa telah berjaya menghasilkan vaksin pertama di dunia yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19.

Pengumuman vaksin COVID-19, Sputnik V yang mengambil nama daripada satelit Soviet menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk para saintis dan ahli politik.

Kebanyakan komen yang dibuat adalah mengenai keberkesanan Sputnik V selepas mendakwa negara pimpinan Vladimir Putin itu tidak mengambil masa yang panjang dan mengikut prosedur dalam menawarkan vaksin.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bagaimanapun tampil dengan pendapat berbeza di sebalik semua dakwaan yang dilontarkan terhadap Sputnik V.

Duterte mengejutkan masyarakat di seluruh dunia apabila beliau menyatakan kesanggupan untuk menjadi ‘tikus makmal’ terhadap vaksin yang dihasilkan Rusia.

Menurut Duterte, beliau sangat yakin dengan keupayaan Rusia dalam menawarkan kesihatan yang lebih baik buat orang ramai. Atas sebab itu, beliau tidak mempunyai perasaan ragu-ragu untuk mencuba vaksin berkenaan.

Menurut Presiden Filipina itu lagi, Duterte melihat cubaan menjadi tikus makmal ini sebagai salah satu inisiatif beliau dalam membantu orang ramai.

Setakat ini, kerajaan Filipina difahamkan sudah bersetuju dan sedia untuk menerima bekalan vaksin Sputnik V yang bakal dibekalkan oleh pihak Rusia.

Apa-apa pun, semoga kita boleh menemui penawar kepada wabak meragut nyawa ini dalam kadar segera.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca