WWF-Malaysia Mendakwa Aktiviti Pembalakan Haram Tidak Melindungi Harimau

 Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu harimau dan pembalakan yang telah mendapat perhatian rakyat Malaysia dan juga badan bukan kerajaan iaitu WWF-Malaysia.

WWF-Malaysia tampil menjelaskan mengenai penyelidikan yang dilakukan oleh mereka pada tahun 2009 tentang The importance of selectively logged forests for tiger Panthera tigris conservation: a population density estimate in Peninsular Malaysia  yang ditulis oleh D. Mark Rayan dan Shariff Wan Mohamad.

Melalui kajian yang ditulis oleh dua ilmuwan tersebut menyentuh kepada pembalakan yang dilakukan dengan sistem catuan yang betul, bukanlah pembalakan yang sembarangan.

“Pembalakan terpilih ialah amalan perhutanan yang hanya menebang sebilangan pokok tertentu setiap tahun dalam petak hutan dan bukannya keseluruhan hutan sekaligus, selaras dengan amalan Pengurusan Hutan Lestari (SFM),” kata WWF-Malaysia dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka.

Dalam kertas kajian yang diterbitkan pada 2009 itu, mereka menyatakan bahawa hutan yang ditebang secara terpilih, seperti Hutan Simpan Gunung Basor, berpotensi untuk menampung kepadatan harimau yang tinggi.

Kedua penulis ini berkata bagi mengetahui cara yang tepat dalam pengurusan dan pemuliharan harimau di Malaysia. Mereka mencadangkan agar penyelidikan lanjut perlu dilakukan bagi memahami ekologi harimau dan mangsanya di hutan yang dibalak melalui sistem catuan yang betul.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca