Wujudkah Negara Genovia Dalam ‘The Princess Diaries’?

Pernahkah anda terfikir ataupun berharap bahawa negara Genovia dalam filem ‘The Princess Diaries’ itu benar-benar wujud?

Genovia digambarkan sebagai sebuah negara yang terkenal dengan buah pir. Walau bagaimanapun, negara Genovia ini hanyalah rekaan semata-mata. Filem ini berkisarkan kehidupan Amelia ‘Mia’ Thermopolis, seorang remaja di New York yang mendapat tahu bahawa dia merupakan seorang puteri kepada sebuah kerajaan kecil di Eropah yang dinamakan Genovia.

Negara Genovia

Genovia dalam versi buku digambarkan sebagai sebuah kerajaan kecil yang terletak di antara Perancis dan Itali. Putera Philippe Renaldo, ayahanda kepada Puteri Mia, merupakan pemerintah Genovia.

Genovia dalam versi filem pula digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol. Ratu Clarisse Renaldi, nenda kepada Puteri Mia, merupakan pemerintah Genovia.

Meskipun sekadar rekaan, ia mempunyai laman web tersendiri yang khusus dibina bagi sektor pelancongan mereka.

Menerusi laman web Visit Genovia, ungkapan kata “pasir pantai yang putih, lautan biru firus dan langit yang dipenuhi matahari” jelas menggambarkan keindahan landskap negara berkenaan. Dalam erti kata lain, ia merupakan sebuah negara yang terlampau indah untuk menjadi kenyataan.

Kesimpulannya, negara Genovia tidak wujud dalam peta dunia ataupun alam realiti kita tetapi negara Genovia wujud dalam alam fiksyen. Untuk melawat negara Genovia, kita tidak perlukan pasport tetapi kita cuma memerlukan masa terluang kita untuk menonton filem itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca