Rakyat Malaysia kerap mendengar tentang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada pihak kerajaan terutamanya semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hal ini demikian kerana ia pertama kali digunakan di Malaysia selepas ia wujud lebih dari 30 tahun lalu semasa PKP yang bermula pada 18 Mac lalu.
Selepas lebih 30 tahun diwujudkan, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) buat pertama kali digunakan di negara kita 🇲🇾 bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Info baharu untuk silibus subjek negara.
Untuk pengetahuan anda, Akta 342 ini terbahagi pada enam bahagian iaitu:
1. Permulaan
2. Pentadbiran
3. Pencegahan pembawaan masuk penyakit berjangkit
4. Mengawal merebaknya penyakit berjangkit
5. Kesalahan dan penalti
6. Pelbagai

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Akta 342 adalah terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri.
Tambahnya, negeri-negeri lain tidak mempunyai pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas pihak kerajaan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.
“Negeri tidak boleh buat peraturan-peraturan lain kerana dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan Persekutuan adalah ultra vires. Ia terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan,” jelasnya.
Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkata kerajaan negeri akan meneliti keputusan dan ketetapan PKPP terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.
Beliau turut berkata peraturan yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terbatal pada 9 Jun kerana ada langkah kawalan baharu diwartakan di bawah PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah: