Wujud Kluster Baharu, Kes Jangkitan COVID-19 Di Jerman Kembali Meningkat

Jumlah jangkitan COVID-19 di Jerman dilaporkan semakin meningkat pada hari Ahad selepas beberapa hari lepas Canselor, Angela Merkel mengumumkan negara itu boleh menjadi kembali normal.

Institut Kesihatan Robert Koch (RKI) menyatakan, kadar reproduksi (R0) di negara itu kembali meningkat kepada 1.1 iaitu setiap 10 pesakit akan menjangkiti purata 11 individu lain.

RKI telah memberi amaran bahawa R0 perlu berada di bawah paras satu untuk mengekang jangkitan dan kekalkan ia di bawa kawalan.

Setakat Rabu lalu, Jerman berada di paras 0.65.

Menurut laporan dari Jerman, terdapat kemunculan kluster baharu di rumah penyembelihan dan pusat jagaan warga emas.

Selain itu, RKI juga memaklumkan terlalu awal untuk membuat rumusan atas apa yang berlaku. Namun, jumlah jangkitan masih perlu dipantau rapat untuk tempoh beberapa hari lagi.

Pada hari Rabu yang lalu, Merkel telah mengisytiharkan bahawa Jerman sudah meninggalkan fasa pertama pandemik dan kerajaan telah melonggarkan larang bersosial.

Susulan itu, kebanyakan kedai dan taman permainan kembali dibuka, kanak-kanak dibenarkan untuk bersekolah, restoran, gimnasium serta rumah ibadat turut beroperasi semula.

Untuk rekod, Jerman kini mencatatkan 171,879 kes kumulatif COVID-19 dan 7,569 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca