Penulis: Nur Zafirah Zapri
Satu hari, saya menghadiri sebuah forum di Publika yang bertajuk ‘Writing Through Women’s Mind’. Forum ini menampilkan dua orang penulis wanita yang sedang meningkat naik iaitu Bella Zamri dan Ashikin M atau lebih mesra disapa Ash.
Bella ialah seorang penulis muda yang sangat berbakat. Bella Zamri mula menulis di Wattpad dan karya beliau bertajuk ‘The Boy Who Lost His Sight’ telah mendapat sambutan yang hangat dengan 17 juta bacaan oleh pembaca dari seluruh dunia.
‘The Boy Who Lost Sight’ telah diterbitkan pada Oktober 2018 oleh Terfaktab Media (kini Write & Brave).

Menerusi satu post di laman web Terfaktab Media sendiri, pihak penerbitan tersebut juga menyatakan bahawa antara salah satu kejayaan mereka adalah menerbitkan buku ‘The Boy Who Lost Sight’ yang terjual ke seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat.
Anda masih boleh dapatkan novel tersebut di mana-mana cawangan MPH dan anda boleh membacanya menerusi akaun Wattpad Bella sendiri.
Bella yang juga pelajar tahun akhir jurusan dietetik di UiTM itu berkongsi tentang minat beliau yang mendalam dalam bidang penulisan. Beliau menulis sejak berumur 16 tahun lagi kerana Bella ialah seorang yang terlampau sangat suka membaca.
Bila masa pula Bella menulis?
Bella biasanya akan menulis pada waktu tengah malam. Yalah, siang sibuk di kelas; belajar. Minat punya pasal, penat semua Bella tolak tepi.
Ini pula kisah Ash.
Siapa yang tidak kenal dengan Ashikin M?
Cerita Ash, beliau dulu pernah menuntut dalam bidang muzik di London.
Penulis buku ‘Si Romantik Yang Sudah Mati’, terbitan Roman Buku ini pula suka travel dan suka berkongsi. Banyak sangat cerita dan kisah yang Ash nak kongsi. Sebenarnya, dari dulu lagi Ash nak jadi seorang storyteller dan katanya, beliau mendapat ilham daripada alam semulajadi.
Antara tips-tips penulisan yang dikongsikan oleh dua orang penulis muda yang cantik jelita dan berbakat besar ini adalah:
Tips #1:
Penulis tak boleh lari daripada membaca. Baca, baca dan baca.
Tips #2:
Jangan fikir banyak sangat. Tulis je. Just freely express what you have in mind. Tulis untuk diri sendiri dan enjoy your writing. Sayangilah karya anda sebelum harapkan orang lain suka. Yang lain-lain seperti peminat dan wang ringgit – semua itu akan datang kemudian dengan sendirinya.
Tips #3:
Be a scientist. Maksud Ash, saintis ni selalu cuba macam-macam kaedah untuk dapatkan result atau hasil yang sama. Samalah juga macam menulis, cuba benda baru setipa hari sampai dapat hasil yang sama. Teruskan bereksperimen.
Kepada anda yang baru-baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang penulisan dan mempunyai minat yang mendalam untuk menulis, mula dan teruskan menulis. Jangan biarkan passion anda terkubur.
[Anda punya cerpen, certot, artikel dan mahupun puisi yang mahu diterbitkan di iamlejen.com? Ini peluang anda! Hantar karya anda menerusi emel ke [email protected]. Selamat mencuba!]