Writer’s Block, Bagaimana Penulis Mengatasinya?

Writer’s block adalah situasi terutamanya berkaitan dengan penulisan, di mana seseorang penulis kehilangan keupayaan untuk menghasilkan karya baru, atau mengalami kelembapan kreatif. Keadaan ini mempunyai banyak peringkat; dari kesukaran untuk menghasilkan idea-idea yang baru dan segar hinggalah tidak dapat menghasilkan apa-apa karya selama bertahun-tahun. Ia berbeza-beza mengikut penulis dan boleh timbul atas pelbagai faktor dalaman atau luaran.

Berikut kami kongsikan pendapat para penulis Lejen tentang bagaimana cara mereka mengatasi writer’s block.

Perkongsian pertama tentang bagaimana untuk mengatasi atau keluar daripada kebuntuan ini adalah daripada Ehsan El Bakri. Beliau menulis novel Psiko (dah kena ban), Infeksi dan Mampos: Mimpi Ngeri. Ketiga-tiganya di bawah terbitan Lejen Press.

Ehsan:

Ok. Pertama sekali, tanya diri anda sendiri apakah perkara-perkara menyenangkan yang ada dalam fikiran anda? Jika ada, tuliskannya. Tidak peduli betapa teruk perkara itu. Tulis.

Kedua, bacalah apa yang anda tulis itu. Seterusnya, cuba berbual dengan rakan-rakan anda, tanyakan kepada mereka apa yang terbaik dan pengalaman terburuk dalam hidup mereka.

Akhirnya, tambah pengalaman mereka dalam dalam tulisan anda. Anda boleh menukar sedikit supaya ia sesuai dengan konsep apa yang anda tulis.

Fandy Taher (Penulis Paranoid, Satu Gulung Negatif dan Tiga Titik):

Dengar vivaldi kemudian mohram. Lepas tu main kamera atau pergi travel.

Fatin An Nur (Di Antara Logik):

Buat benda lain selain menulis. Selalunya lepak, layan muzik, karaoke, drive.

Sahidzan Salleh (Kolonial Mimpi, Sepuloh Nama, Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus)

Kalau tengah tulis sebuah cerita tu then block or mati idea, selalunya aku akan cari kawan dan duk bersembang. Brainstorming.

Nami (Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Enam Darjah, Kapsul Masa, Natalia, Rumah No.6 dll)

Apabila saya mengalami writer’s block, perkara pertama saya akan lakukan ialah cuba kenal pasti writer’s block itu berkenaan idea, cerita atau konsep.

Kalau konsep dah ada tapi idea tak ada, saya biasanya akan berjalan-jalan sekitar kota dan memerhatikan orang sekeliling, memerhatikan perkara yang tular di media sosial, atau memerhatikan pop culture. Saya juga akan menonton filem atau mendengar lagu untuk mendapatkan idea atau konsep.

Kalau nak dapatkan maklumat tentang konsep, biasanya saya akan mula membaca dan mendapat gambaran awal daripada pelbagai sumber.

Zati Hanani (Jiwa Kacau):

Baca buku, tak pun komik.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak anda yang sedang menulis dan mengalami writer’s block. Baca Juga tentang ‘Perkongsian Ini Mungkin Dapat Membantu Anda Untuk Tepis Writer’s Block.’

Artikel Lain Untuk Di Baca