Wow! Ini Aksi Ikan Lumba-Lumba Di Langkawi

Betul ke ada ikan lumba-lumba di Malaysia?

Ya, betul. Haiwan ini merupakan antara makhluk ciptaan Allah yang cerdik.

Semasa zaman kanak-kanak dulu, saya ingat dolphins ini cuma ada di negara-negara empat musim seperti Australia, Eropah atau Amerika dan hanya boleh dilihat di kaca TV.

Rupanya kita tak perlukan passport pun untuk travel jauh-jauh sampai ke sana bagi melihat mamalia marin ini. Cukup pergi ke Pulau Langkawi, Kedah sebab ikan lumba-lumba banyak ditemui di sekitar laut Selat Melaka.

Sumber gambar: Facebook Marecet
Sumber gambar: Facebook Marecet
Sumber gambar: Facebook Marecet

Di Malaysia, ada sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mengkaji dan berusaha untuk memulihara haiwan mamalia laut di negara kita seperti ikan paus, dugong dan ikan lumba-lumba. NGO tersebut bernama MareCet.

Pada bulan September yang lalu, pasukan MareCet ini telah menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di perairan Perlis, Kuala Kedah dan Langkawi untuk meninjau ikan lumba-lumba di kawasan tersebut.

Sumber gambar: Facebook Marecet
Sumber gambar: Facebook Marecet

Dulu saya pernah terfikir untuk buat kajian tentang ikan lumba-lumba. Tapi hasrat itu terbatal apabila mengenangkan kos sewa bot, helikopter dan pelbagai peralatan untuk membuat tinjauan di laut. Dan bidang ini agak tough untuk saya. Hanya orang yang betul-betul passionate dan kental yang sanggup.

Seorang pensyarah pernah berkata kepada saya, “Dolphin ini bukan macam penyu yang naik atas darat. Ia haiwan yang bergerak dalam laut. Hari ini mungkin ada di Malaysia, tengok-tengok esok dah sampai ke Thailand.”

Kesudahannya, saya tak jadi pergi kejar ikan lumba-lumba di tengah laut sana sebaliknya salurkan minat itu melalui penulisan dan berkongsi cerita dengan anda.

Sumber gambar: Facebook Marecet

Ini info ringkas mengenai mamalia marin di Malaysia:

1. Terdapat 27 spesies paus, ikan lumba-lumba dan dugong berada di perairan Malaysia berdasarkan rekod haiwan ini yang ditemui mati tersadai di pantai atau hidup-hidup.

2. Taburan haiwan cetaceans (ahli keluarga ikan paus termasuk dolphins) ini boleh dijumpai di sepanjang pesisiran Pantai Barat dan Pantai Timur semenanjung Malaysia, pesisiran pantai Sabah dan Sarawak dan laut lepas seperti Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi, Laut Andaman dan Selat Melaka.

Sumber gambar: Facebook Marecet

3. Dugong pula kebanyakannya berada di sekitar perairan Johor, Teluk Lawas di Sarawak dan pesisir Sabah di mana ada kawasan rumput laut.

Sumber gambar: Pixabay

4. Menurut laman web MareCet, status spesies mamalia marin ini kurang diketahui kerana kekurangan data penyelidikan.

5. Antara bentuk ancaman kepada haiwan ini adalah tersangkut dan lemas dalam pukat, pencemaran laut dan bunyi bising kapal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca