Wow! 551 Ekor Kutu Ditemui Sedang Menghisap Darah Ular Sawa

Seorang lelaki dari Queensland, Australia menemui seekor ular sawa di kolam renang miliknya dan cuba untuk memanggil agensi kawalan haiwan.

Apabila penangkap ular Gold Coast and Brisbane tiba di sana, mereka terkejut kerana ular sawa tersebut dipenuhi oleh beratus-ratus kutu di kepala dan badannya. Ular sawa tersebut kelihatan seperti mempunyai dua lapisan sisik yang tebal.

Tony Harrisson, salah seorang daripada mereka bergegas membawa ular sawa tersebut ke Hospital Hidupan Liar Currumbin untuk rawatan selanjutnya. Selama beberapa jam, sebanyak 551 ekor kutu dikeluarkan oleh doktor daripada kepala dan badan ular sawa itu.

Selama 26 tahun menangkap ular, Tony tidak pernah melihat kejadian seperti itu dalam hidupnya. Ular tersebut diberi nama Nike, dipercayai mengalami anemia kerana kehilangan darah yang banyak disebabkan oleh kutu itu. Mereka percaya bahawa ular tersebut cuba untuk memlemas kutu tersebut dengan berendam di dalam air.

Kini, Nike sudah sihat dan bebas daripada kutu. Menurut Profesor Parasitologi dari Universiti Queensland, Stephen Barker berkata, kutu yang berada di badan ular itu adalah jenis kutu reptilia.

Bagi jumlah kutu yang banyak seperti ini adalah sangat luar biasa dan mereka bukan sahaja menghisap darah malah membawa penyakit seperti keracunan darah yang boleh membawa maut kepada haiwan reptilia tersebut.

Bagi mereka yang membela haiwan reptilia seperti ular, anda haruslah berwaspada terhadap kutu reptilia ini kerana ia mungkin boleh membahayakan kesihatan haiwan peliharaan anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca