Wow! 300 Dron Terbang Di Udara Membentuk Ikon Karakter Daripada Filem Avengers

Sempena filem Avengers: Endgame yang bakal ditanyangkan minggu ini, 300 dron telah diterbangkan ke udara untuk memaparkan cahaya yang membentuk ikon karakter daripada filem tersebut.

Persembahan tersebut diadakan di Menara Kuala Lumpur bermula pada pukul 8.00 malam tadi dengan menggunakan teknologi dron daripada syarikat Intel. Antara ikon karakter yang dapat dilihat ialah Iron Man, Captain America, Hulk dan Thor.

Ramai orang tidak melepaskan peluang ini dan turut hadir menyaksikan persembahan dron tersebut. Selain itu, persembahan dron ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records kerana menggunakan dron paling banyak dalam persembahan lampu.

Bagi tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahan dron ini, kami sertakan video persembahan dron di bawah ini. Video ini telah mendapat keizinan saudara Amirul Asyraf daripada Sterk Production untuk dimasukkan ke dalam artikel kami.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca