Wisma Putra Gesa Pemilik IG Selebriti Bantu Siasatan, Dakwaan ‘Dr.Nur’ Ditahan Israel

dakwaan-dr-nur-ditahan-israel-pemilik-ig-selebriti-ini-diminta-bantu-siasatan_6
wisma-putra-gesa-pemilik-ig-selebriti bantu-siasatan-dakwaan-dr-nur-ditahan-israel
Sumber: Borneo Post Online

Baru-baru ini, dakwaan ‘Dr.Nur’ sebagai seorang warganegara Malaysia yang ditahan oleh pihak Israel menyebabkan Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi untuk segera tampil serta mengemukakan maklumat berkenaan.

Menurut kenyataan daripada Wisma Putra baru-baru ini, turut menggesa kepada mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih untuk tampil dan mengemukakan maklumat berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr.Nur’ berkenaan melalui e-mel [email protected]

“Pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk membantu ‘Dr.Nur’ merupakan perkara yang penting buat masa ini”, katanya.

Berhubung penahanan ‘Dr.Nur’ oleh pihak Israel, pihak yang terlibat mengambil maklum dengan perkongsian yang tular di media sosial, memetik laporan daripada Bernama.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak kementerian belum dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa ‘Dr.Nur’. Perkara ini sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia untuk menghubungi serta menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada beliau.

Difahamkan bahawa tidak ada individu bernama ‘Dr.Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan. Hal ini disahkan daripada semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan menurut kenyataan Wisma Putra.

Kementerian Luar telah berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia bagi membantu untuk mengenal pasti identiti dan keberadaan ‘Dr.Nur’ dalam masa yang sama.

“Maklumat berkaitan laporan yang dikemukakan oleh orang awam berhubung insiden yang menimpa ‘Dr.Nur’ termasuk tangkap skrin posting yang dibuat oleh orang awam telah dikumpulkan oleh pihak kementerian luar.”

“Hal ini juga telah dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan siasatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr.Nur’, Wisma Putra juga telah cuba menghubungi dua individu bernama Dr Aida dan Dr Shafiq yang didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, namun mereka gagal dihubungi. Memetik laporan daripada Bernama.

“Kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan bagi pihak kementerian luar. Perwakilan Malaysia di luar negara turut bersedia untuk membantu sekiranya rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengalami kesulitan”, menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar turut menyarankan kepada rakyat Malaysia sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau memerlukan sebarang bantuan konsular untuk sentiasa berhubung dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat, katanya.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca