Will Smith Dilarang Menghadiri Oscar Dalam Tempoh 10 Tahun, Ini Berikutan Insiden Tampar Chris Rock

Will Smith, pelakon terkenal Hollywood dilarang menghadiri acara Oscar selama 10 tahun selepas pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik itu menampar pelawak Chris Rock di atas pentas akhir bulan lalu.

Hal itu diputuskan oleh lembaga gabenor Akademi Seni dan Sains Filem dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Jumaat.

“Acara Oscar ke-94 diadakan bagi meraikan ramai individu dalam komuniti kita dalam menghasilkan karya terbaik sepanjang tahun lalu.”

Namun detik itu dicemari oleh tindakan berbahaya dan tidak boleh diterima Smith seperti yang kita lihat berlaku di atas pentas,” kata Presiden Akademi David Rubin dan Ketua Eksekutif Dawn Hudson dalam satu kenyataan bersama.

Melalui satu kenyataan balas, Smith berkata beliau “menerima dan menghormati keputusan yang dibuat pihak Akademi.”

Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan, seperti tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Pada minggu lalu, Smith meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan oleh Akademi itu.

Smith turut dilarang menghadiri acara dan program lain selain daripada Oscar yang dianjurkan badan tersebut secara fizikal atau maya. Namun badan berkenaan tidak menyatakan jika Smith layak dicalonkan untuk sebarang anugerah dalam tempoh tersebut.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca