WHO Keluarkan Garis Panduan ‘Mass Gathering’ Dan Aktiviti Luar

Setelah hampir empat bulan semua perhimpunan ramai termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan berikutan penularan COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan dan dipatuhi oleh orang ramai yang tetap mahu mengadakan perhimpunan jika dizinkan pihak berkuasa.

CNN melaporkan, antara lain garis panduannya ialah majlis keramaian itu tidak diadakan di kawasan tertutup sebaliknya dilakukan di kawasan terbuka dan mengehadkan tetamu yang benar-benar disahkan sihat sahaja.  

Garis panduan tersebut menjelaskan, walaupun penganjuran aktiviti keramaian akan mengundang bahaya terhadap penularan wabak, namun jika dilihat dari sudut positif, majlis secara besar-besaran akan mendatangkan faedah seperti menyediakan peluang pekerjaan dan juga meningkatkan kesihatan mental seseorang. 

“Meskipun perhimpunan ramai memberi implikasi kepada politik, budaya, sosial dan ekonomi negara, namun pihak bertanggungjawab perlu menilai kepentingan sesuatu majlis keramaian dengan mempertimbangkan pilihan yang mungkin wujud dengan memberi bimbingan kesihatan dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP),” ujar WHO mengenai garis panduan itu.

Susulan itu, WHO meminta pasukan kesihatan dan pihak penganjur untuk memperhalusi risiko dengan mengambil pendekatan normal baharu sebelum sesuatu majlis itu diadakan. Ia termasuk menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil dalam semua keadaan seperti berikut:

1. Kedatangan tetamu yang tidak diundang secara mengejut

2. Meningkatkan kekerapan pengangkutan

3. Tempat duduk

4. Kapasiti tempat yang boleh disesuaian dengan saiz tetamu

5. Melihat sama ada majlis itu boleh diadakan secara maya atau di kawasan terbuka

6. Melantik beberapa ‘penyelia’ untuk memantau pergerakan tetamu bagi memastikan pematuhan SOP termasuk penjarakan sosial, etika semasa batuk dan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan

WHO turut menasihatkan dan meminta agar individu berisiko tinggi seperti mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan supaya tidak menghadiri majlis keramaian atau penganjur perlu membuat peraturan khas kepada mereka.

Sementara itu, selain mengehadkan waktu penganjuran masjlis, WHO juga mencadangkan penganjur supaya sentiasa bersiap sedia dengan menyediakan tempat pengasingan khas kepada tetamu yang kurang sihat untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk baca artikel lain berkenaan WHO, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca