WHO Jemput BTS Persembah ‘Dynamite’ Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia

Kumpulan ikonik K-Pop, BTS telah melancarkan lagu terbaharu mereka bertajuk Dynamite pada Jumaat lalu. Bukan sahaja ia mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia, jumlah tontonan muzik video itu turut mencipta rekod baharu apabila mencatatkan lebih 101 juta tontonan dalam masa satu hari.

Rekod tontonan tertinggi sebelum ini menjadi milik Blackpink dengan lagu ‘How You Like That.’ Oleh sebab lagu terbaharu itu menerima sambutan yang hangat daripada peminat muzik di seluruh dunia, ARMY telah menyatakan hasrat untuk melihat gabungan antara penyanyi pujaan mereka dan pihak kesihatan awam.

Permintaan ini telah mendapat perhatian pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi satu ciapan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus telah menjemput BTS untuk mempersembahkan lagu Dynamite di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).

Menerusi ciapan tersebut, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan sensasi Korea Selatan itu kerana muzik video Dynamite telah berjaya meraih 100 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Sumber: Twitter @bts_bighit

Walaupun begitu, BTS masih belum memberi sebarang respons kepada ciapan tersebut. Ia bagaimanapun sudah cukup mengujakan para peminat untuk melihat penyanyi kegemaran mereka menyampaikan lagu berkenaan secara langsung pada perhimpunan tersebut.

Pada pendapat anda, adakah para peminat dapat menyaksikan persembahan Dynamite ini secara langsung pada perhimpunan berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan BTS, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca