WHO Isytihar Koronavirus Sebagai Kecemasan Kesihatan Global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini telah mengisytiharkan wabak Koronavirus baharu sebagai satu kecemasan global.

Perkara itu diumumkan WHO usai mengadakan mesyuarat di Geneva iaitu ibu pejabat pertubuhan berkenaan pada hari Khamis.

Menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, sebab utama pengisytiharan itu bukanlah kerana apa yang sedang berlaku di China, tetapi seluruh dunia.

“Kebimbangan WHO adalah kebarangkalian virus berkenaan merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” ujar Tedros lagi.

Setakat pagi ini, jumlah jangkitan akibat wabak Koronavirus terus meningkat kepada 9,480 kes seluruh dunia. Manakala angka kematian pula sudah mencecah 213 mangsa di China.

Tambah WHO lagi, meskipun tiada kematian direkodkan, terdapat 98 kes wabak berkenaan turut dilaporkan di 18 buah negara berbeza.

Kebanyakan kes positif adalah daripada mereka yang pernah pergi ke Wuhan, China yakni bandar bermulanya Koronavirus terbabit.

Bagi mengetahui info lanjut mengenai Koronavirus, sila tonton video di bawah:

Untuk membaca artikel lain berkaitan Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca