‘Who Is Koyak Now’ Menang Medal Pertama, Aktivis Israel Sindir Malaysia

Aktivis Israel Malaysia

Tular sejak 24 Julai lalu sebuah ciapan dari aktivis Israel menyindir Malaysia setelah menang medal pertama Olimpik Tokyo 2020.

Seperti yang kita tahu, hubungan antara Malaysia dan negara Zionis itu yang sentiasa melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin adalah tegang.

Malah, ketegangan antara Malaysia dan Israel semakin menjadi-jadi apabila negara itu bertindak melancarkan serangan di Gaza sekitar Mei lalu.

Perbuatan tersebut membuatkan rakyat Malaysia bergabung dan melancarkan perang siber terhadap negara Israel dan buatkan mereka gementar dengan kritikan yang diterima.

Baru-baru ini, seorang aktivis Israel nampaknya ingin ‘bertengkar’ dengan warganet Malaysia lagi ketika dia dengan bangga mengejek Malaysia.

Beliau menyindir Malaysia setelah Israel memenangi pingat gangsa dalam taekwondo wanita di bawah 49kg di Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Ironinya, perbandingan itu hanya berlaku sehari selepas Sukan Olimpik 2020 berlangsung.

Ejekan tersebut terhadap Malaysia nampaknya membuktikan bahawa mereka tidak senang dengan serangan yang diterima dari warganet kita sebelum ini. 

Tambahan lagi, seorang aktivis lain turut membalas ciapan tersebut dengan β€˜siapa yang koyak sekarang’.

Tweet tersebut telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang tidak membuang masa untuk membalas.Β 

Sebenarnya, pada Sukan Olimpik Rio 2016, Malaysia berada di tangga ke-60 sementara Israel berada di tempat ke-77.

Rileks lah bro, baru mula kot.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca