WHO Bakal Lancar Aplikasi Kesan Simptom Dan Kontak COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merancang untuk melancarkan aplikasi pada bulan ini. Tujuan aplikasi tersebut adalah untuk membantu masyarakat di negara yang kekurangan sumber untuk mengetahui sekiranya mereka mungkin dijangkiti COVID-19.

Menurut ketua pegawai informasi WHO, Bernardo Mariano, aplikasi itu dijangka mempunyai pengesanan kontak melalui kaedah Bluetooth.

Aplikasi tersebut akan bertanya kepada pengguna mengenai gejala yang dialami dan memberikan panduan bagi mengenal pasti sama ada mereka menghidap COVID-19 atau tidak.

Maklumat lain seperti bagaimana untuk melakukan ujian akan diselaraskan mengikut negara pengguna.

Menerusi temubual bersama agensi berita, Mariano berkata meskipun aplikasi tersebut bersifat global, mana-mana kerajaan dibenarkan untuk menggunakannya dengan penambahbaikan versi sendiri.

Negara seperti India, Australia dan United Kingdom (UK) telah melancarkan aplikasi virus sendiri menggunakan teknologi mereka dengan ciri-ciri umum.

Ia turut memaklumkan kepada pengguna sama ada mereka perlu membuat ujian saringan jika mempunyai simptom dan mengesan pergerakan pengguna bagi memastikan pengesanan kontak lebih cekap.

Beberapa negara yang lain pula meningkatkan pengesanan kontak atau proses pencarian kontak dan mengasingkan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19.

Ianya penting untuk membuka ekonomi dengan selamat.

Harapan WHO adalah negara lain turut berminat dengan aplikasi ini termasuklah beberapa negara di benua Amerika Selatan dan Afrika yang mempunyai peningkatan kes jangkitan serta kekurangan teknologi.

Jurutera dan pereka, termasuk bekas kakitangan Google dan Microsoft, dengan sukarela mengembangkan aplikasi baru itu dengan lima daripada mereka sedang memantau proses tersebut.

Apple dan Google telah memaklumkan bahawa sistem mereka tidak akan menggunakan data peribadi pengguna untuk tujuan lain dan akan menghentikan aplikasi itu apabila ia berakhir.

Selain itu, WHO juga merancang untuk melancarkan garis panduan pada minggu depan berhubung isu-isu yang setiap negara perlu pertimbangkan dalam membina aplikasi mengesan kontak.

Bagi mereka yang mempunyai akses internet yang terhad, WHO sedang berusaha menyampaikan maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pada Mac lalu, WHO melancarkan akaun menerusi WhatsApp untuk memberi maklumat mengenai koronavirus kepada pengguna.

Di Malaysia, kerajaan telah membangunkan aplikasi Mytrace yang boleh membantu kita mengesan kontak COVID-19. Untuk memuat turun aplikasi tersebut anda hanya perlu ke Application Store.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang telah dilancarkan sebelum ini dan menggunakan teknologi Bluetooth untuk pengesanan kontak kepada individu positif COVID-19.

“Apabila telefon bimbit pengguna MyTrace berada dalam jarak dekat, telefon-telefon itu akan mengesan gelombang Bluetooth untuk mengesan kehadiran masing-masing.

Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna-pengguna boleh dikenal pasti. Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna,” ujarnya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca