WhatsApp Sudah Ada ‘Dark Mode’, Ini Cara Untuk Tukar Ke Mod Gelap Bagi Pengguna iOs Dan Android

Salah satu platform pemesejan yang menjadi pilihan orang ramai adalah WhatsApp. Majoriti individu di muka bumi ini mempunyai aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar mereka dan menggunakannya setiap masa.

Selepas beberapa bulan diuji pada peringkat Beta, WhatsApp hari ini telah mengesahkan bahawa tema gelap akan boleh diguna pakai oleh semua pengguna Android dan iOS. Bagi menggunakan tema gelap, para pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi WhatsApp ke versi terkini.

Menurut laporan Amanz, untuk peranti Anroid 10 dan iOs 13, antaramuka aplikasi akan berubah ke mod gelap secara automatik sekiranya ia dipilih pada tetapan sistem.

Bagi peranti Anroid 9 dan ke bawah pula, tema gelap boleh diakses dengan menetapkan tetapan menerusi WhatsApp Settings > Chats > Theme > Dark.

Pastikan aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda adalah versi 2.20.67 untuk Android dan versi 2.20.30 untuk iOs bagi membolehkan anda menikmati mod gelap.

Untuk baca artikel lain berkenaan aplikasi pemesejan nombor satu dunia ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca