WhatsApp Kini Boleh Digunakan Dalam 2 Peranti Berbeza?

WhatsApp ialah salah satu platform permesejan terkenal dalam kalangan penduduk di Malaysia. Sehingga ke hari ini, persoalan yang kerap menyelubungi minda orang ramai adalah cara untuk pengguna menggunakan satu akaun WhatsApp yang sama menerusi nombor telefon dan peranti yang berbeza.

Untuk pengetahuan, anda tidak boleh menggunakan dua akaun WhatsApp secara rasmi dalam telefon pintar yang sama. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat seperti Samsung dan Huawei menawarkan Dual Apps yang turut dikenali dengan mod dual sebagai alternatif.

Apa yang lebih menarik ialah anda boleh menggunakan dua akaun yang berbeza dalam satu aplikasi permesejan yang sama! Hal ini berbeza dengan laporan yang menyatakan satu akaun cuma boleh disahkan menggunakan satu nombor sahaja sekiranya menggunakan peranti yang sama.

person holding phone

Sebagai peringatan, aplikasi itu tidak membenarkan satu akaun WhatsApp menggunakan dua nombor telefon yang berbeza.

Memetik laporan Express, percubaan untuk kerap suis akaun WhatsApp menggunakan peranti yang berbeza akan menyebabkan pengguna disekat daripada mengesahkan akaun mereka semula.

WhatsApp turut mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi, “Jangan kerap suis akaun itu antara peranti dan nombor yang berbeza.”

Sebagai rekod, penggunaan aplikasi WhatsApp masih disekat di enam negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syria, Iran, Cuba, Korea Utara dan China atas sebab-sebab mereka yang tersendiri.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan WhatsApp, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca