WhatsApp Hadkan Pengguna Pada Tahun 2023, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Bermula 1 Januari 2023, pengguna telefon pintar model lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

Dengan 2 Bilion pengguna setiap bulan, WhatsApp adalah aplikasi mesej yang teratas di seluruh dunia. Pasaran mereka yang tertinggi terletak di negara India dengan 500 Juta pengguna.

WhatsApp sudah membuat keputusan untuk melepaskan sistem operasi yang tidak lagi mampu menampung ciri baharu yang bakal aplikasi ini lakukan.

Tahun baru ini, aplikasi WhatsApp hanya boleh digunakan dalam model iPhones yang mempunyai iOS 12 hinggalah versi yang terkini dan juga semua peranti yang mempunyai Android Jelly Bean 4.1 ke atas.

Ini melibatkan banyak model yang terkecuali dari menggunakan aplikasi tersebut seperti iPhone 5, iPhone 5c, iPhone 6S, Samsung Galaxy Trend II, Samsung Galaxy Core dan banyak lagi.

Sumber: The Guardian

Untuk pengguna model iPhone lama yang mempunyai kurang dari iOS 12, anda tidak lagi boleh menggunakan aplikasi terkenal itu.

Oleh kerana pengguna peranti lama yang menggunakan Android 4.1 ke bawah sahaja terjejas, ia hanya melibatkan model yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas.

WhatsApp akan memberi amaran agar update aplikasi ini segera sebelum telefon pintar anda tidak mampu lagi menampung aplikasi tersebut sehingga menghalang anda untuk berkomunikasi seperti biasa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca