WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi Baharu Di Mana Mesej ‘Self-Destruct’

WhatsApp ialah salah satu aplikasi terkenal antara pengguna di Malaysia dan bakal memperkenalkan pelbagai fungsi baharu pada tahun ini.

Artikel ini mempunyai berita baik buat semua pengguna aplikasi itu kerana mereka boleh padam semua mesej yang telah dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan anda, fungsi baharu iaitu self-destruct yang masih berada dalam fasa ujian itu membolehkan mesej itu terpadam dengan sendiri.

Sumber: India Finance News

Walaupun begitu, berita baik buat semua pengguna yang telah mendaftar untuk program beta Google Play kerana mereka boleh memuat turun versi terbaharu aplikasi tersebut!

India Finance News melaporkan bahawa fungsi baharu itu akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk memadam sesuatu teks mesej dalam tempoh satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan dan satu tahun.

Menurut laporan Harian Metro, fasa ujian sedang dilaksanakan untuk melihat tahap kestabilan aplikasi itu sama ada kadar tindak balas mesej itu boleh dipadam sendiri tanpa sebarang masalah.

Dalam pada itu, fungsi self-destruct bakal dilancarkan dalam versi penuh selepas fasa berkenaan tamat.

Dalam banyak-banyak fungsi baharu yang bakal diperkenalkan pada tahun ini oleh WhatsApp, fungsi manakah yang paling menarik perhatian anda?

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai WhatsApp, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca