Welcome To Parenthood: Checklist Bagi Menyambut Bayi Sulung!

Bagi ibu bapa yang bakal menimbang cahaya mata buat pertama kali, pastinya anda berasa teruja untuk menyambut kelahiran ‘orang baru’.

Bahkan bagi yang terlebih excited, walaupun saat usia kandungan baru mencecah beberapa minggu pasti ada yang dah siapkan list keperluan bayi anda.

Namun anda perlu beringat agar sentiasa berjimat dan tidak membazir ketika bershopping untuk si kecil.

Nah penulis kongsikan di sini tips dan checklist untuk para bakal ibu bapa!

 

Checklist

Berikut merupakan basic checklist yang diperlukan sebagai persediaan bagi menyambut si kecil anda:

  • Pakaian
  • Mandian
  • Travel
  • Accessories

 

  • Pakaian
Photo: Aliexpress

 

Seeloknya belikan bayi anda pakaian yang diperbuat dari jenis kapas agar mudah menyerap peluh supaya bayi anda terhindar dari ruam merah.

Selain itu anda juga dinasihatkan supaya membeli pakaian dengan saiz yang ‘sedikit besar’ agar ianya boleh digunakan lebih lama. Bukan apa, takut tak muat dipakai si kecil memandangkan mereka cepat membesar.

Kalau anda masih pening untuk memilih pakaian buat si kecil, cari sahaja set pakaian bayi di pasaraya. Selain tersedia dalam complete set ia juga lebih menjimatkan!

 

  • Mandian
Photo: Johnson’s Baby

 

Untuk set mandian bagi si kecil, terdapat beberapa pilihan jenama seperti Pureen, Carrie Junior dan Johnson’s yang sesuai buat bayi anda.

Selain lembut pada kulit, ianya juga tidak memedihkan mata sekiranya terkena pada mata si kecil. Jangan pula gunakan sabun badan yang sama anda gunakan ke atas kulit bayi, takut sensitif pula.

 

  • Travel
Photo: Overstock

 

Apabila anda mempunyai anak kecil, setiap kali ingin berjalan pasti terasa letih jika harus mengendong si kecil anda sepanjang masa. Jadi bagi memudahkan anda dan pasangan anda boleh membeli stroller  atau carrier untuk membawa si kecil. Selain itu, anda haruslah memastikan bahawa anda membawa sebuah beg bagi meletakkan segala keperluan si kecil. Di dalam beg tersebut, isikan segala keperluan bayi anda seperti baju, pampers, cooler bag bagi menyimpan susu, dan thermos. 

 

  • Accesories

 

Photo: Philips.com

 

Buat para ibu, sekiranya anda golongan berkerjaya yang mungkin menyukarkan anda untuk breastfeed bayi anda sepanjang masa maka penggunaan botol susu amat digalakkan. Terdapat berbagai jenis jenama botol susu yang sesuai untuk si kecil anda. Sekiranya perlu, sediakan juga pacifiers buat si kecil anda.

Terdapat banyak lagi item yang boleh anda masukkan di dalam checklist di atas. Tetapi jangan sampai terlebih berbelanja pula ya!

Artikel Lain Untuk Di Baca