Hugh Jackman yang memegang watak Wolverine telah menerima anugerah Guinness World Records pada pagi Rabu yang lalu. Beliau mendapat anugerah tersebut berikutan memegang watak Wolverine dalam filem Original X-Men pada tahun 2000 sehingga filem Logan pada tahun 2017 iaitu selama 16 tahun dan 288 hari. Anugerah itu disampaikan oleh Craig Glenday, Ketua Editor Guinness World Records menerusi rancangan “This Morning”.
Tahniah diucapkan kepada Patrick Stewart yang turut menerima anugerah yang sama. Beliau melakonkan watak sebagai Profesor X atau Charles Xavier.
View this post on InstagramA post shared by Guinness World Records (@guinnessworldrecords) on

Hugh Jackman telah memainkan watak sebagai Wolverine dalam 9 filem iaitu The Original X-Men trilogy, X-Men Origins: Wolverine, X-Men: First Class, The Wolverine, X-Men: Days of Future Past, X-Men: Apocalypse dan Logan
Patrick Stewart sebagai Charles Xavier membintangi dalam filem The Original X-Men trilogoy, X-Men Origins: Wolverine, The Wolverine, X-Men: Days of Future Past dan Logan.