Tom Felton berkongsi bahawa karakternya dalam Harry Potter tidak membuat pelakon itu diminati ramai pada zaman persekolahannya.

Kini, pelakon terkenal ini semakin diminati ramai dengan karakternya, Draco Malfoy, seorang ahli sihir lelaki jahat yang kacak dan bergaya menjadi kegilaan ramai.
Kenyataannya ialah Felton bukanlah seorang yang terkenal di sekolahnya dahulu seperti semua sangka. The Guardian temu bualnya tentang perkara ini dan prosesnya ketika uji bakatnya dahulu.

Meskipun filem-filem Harry Potter sangat terkenal, Felton menerangkan bahawa sepanjang perjalanan popularitinya meningkat sebagai pelakon, dia tetap sukar untuk berkenalan atau mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan di sekolahnya.
Terangnya lagi, peminat ramai kurang percaya bahawa dia tidak diminati ramai atau berada dalam kalangan yang popular di sekolahnya. Ternyata, pada waktu itu, berlakon sebagai ahli sihir jahat dengan rambut bewarna putih tidak cukup untuk menarik perhatian perempuan-perempuan di sekolahnya.

Ketika uji bakat Harry Potter, Felton beritahu yang dia sebenarnya hanya melihat watak-watak seperti Harry dan Ron.

Dia tahu bahawa dia dipilih untuk menjadi seorang Malfoy kerana dirinya yang tenang dan sentiasa yakin telah membuat pengarah filem Harry Potter, Chris Columbus melihat karakter Felton boleh berlagak sombong sesuai untuk melakonkan watak Draco Malfoy.

Tom Felton amat berbesar hati dapat berlakon sebagai Draco Malfoy dalam siri filem Harry Potter dan tambahnya lagi, dia tidak teragak-agak untuk menerima jika ada tawaran lakon semula sebagai seorang Malfoy.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Harry Potter, anda boleh klik pada pautan di bawah: