Watak Adiwira Terkenal Jepun, Ultraman Bakal Sertai Keluarga Marvel Pada 2020

Baru-baru ini, syarikat produksi terkenal, Marvel Studio yang popular dengan filem adiwira seperti Avengers dan lain-lain telah mengesahkan bahawa mereka akan berkolaborasi dengan watak adiwira terkenal Jepun yakni Ultraman.

Berita tersebut dikongsikan oleh Marvel dan Tsuburaya Productions menerusi laman sosial Twitter masing-masing.

Walau bagaimanapun, penyertaan Ultraman ke dalam keluarga Marvel hanya berlaku di dalam media cetak seperti komik dan novel grafik buat masa kini.

Difahamkan, komik terbaru Marvel Ultraman dijangka akan diterbitkan pada tahun 2020.

“Sebagai salah satu francais paling popular di dunia, Ultraman berjaya mengeratkan hubungan peminat-peminat dari seluruh dunia. Kami tidak sabar untuk menceritakan kisahnya kepada lebih ramai lagi peminat,” ujar C.B. Cebulski yakni ketua editor Marvel Studios.

Namun begitu, kedua-dua pihak masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan filem Ultraman di dalam Marvel Cinematic Universe.

Meskipun Ultraman disahkan hanya akan muncul di dalam komik dan novel, berita kolaborasi ini disambut gembira oleh para peminat di seluruh dunia.

Artikel Lain Untuk Di Baca