Warnakan Rambut Dua Kali Seminggu Untuk Tutup Uban Selama 15 Tahun, Wanita Ini Akhirnya Tinggalkan Tabiat Itu

Rambut seorang saintis neuro yang juga merupakan seorang penulis mula beruban ketika dia berusia 21 tahun dan perkara itu sangat mengejutkan wanita berkenaan.

Sara Eisenman yang kini berusia 43 tahun sebelum ini mewarnakan rambutnya untuk menutup uban dengan pelbagai warna. Malah, dia melakukan proses ini setiap dua minggu sekali.

Wanita dari Arizona, Amerika Syarikat itu berbuat demikian gara-gara malu dengan keadaan rambutnya itu memandangkan usianya yang masih muda ketika itu.

Namun begitu, sejak melahirkan anak, Sara mula berasa lebih yakin dengan dirinya dan memilih untuk tidak lagi mewarnakan rambutnya.

Ketika berusia 37 tahun, setelah 15 tahun mewarnakan rambutnya, Sara berhenti berbuat demikian dan meninggalkan tabiat itu buat selamanya. Dia kini lebih gemar untuk mengekalkan warna asal rambutnya.

“Rambut saya hampir beruban sepenuhnya. Saya tengok cermin dan terlihat ia memenuhi kepala saya,” katanya.

“Ia seolah-olah menunjukkan tanda-tanda penuaan ketika saya masih lagi muda remaja. Untuk menyembunyikan perkara itu, saya mewarnakan rambut saya setiap dua minggu sekali.”

“Saya tak mampu untuk pergi ke salon jadi saya menggunakan pewarna murah dan melakukan sendiri proses tersebut di rumah,” ujarnya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, sebelum ini, Sara turut mewarnakan rambutnya beberapa jam sebelum dia melahirkan anak lelakinya.

“Saya mahu orang datang melihat anak saya juga melihat saya sebagai ibu muda yang cantik berambut hitam,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca