Warna Kolam Sentiasa Berubah, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Krabi

Tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian seringkali menjadi pembunuh dalam senyap bagi sesetengah individu. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, penulis kongsikan lokasi percutian di Krabi, Thailand yang wajib dilawati bagi menghilangkan tekanan.

Berikut merupakan 10 tempat menarik yang wajib dikunjungi di Krabi, Thailand.

1. Pantai Railay

Buat pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki di pulau ini, pasti tidur anda tidak akan lena dek kerana termimpikan keajaiban alam ciptaan Tuhan ini.

Satu-satunya pengangkutan yang dapat memasuki kawasan ini adalah dengan menaiki bot. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat dilakukan di kawasan ini termasuklah berjalan kaki, mendaki gunung, berkayak dan banyak lagi.

2. Koh Poda

Koh Poda merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya anda berkunjung ke Krabi.

Kebiruan air lautnya cukup menenangkan hati setiap pengunjung. Begitu juga dengan pasirnya yang putih mampu memukau hati setiap orang.

3. The Emerald Pool

Kehangatan air kolam yang terdapat di Emerald Pool ini merupakan pengalaman luar biasa buat pengunjung yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

The Emerald Pool ini terletak di kawasan hutan hujan yang subur dan dikelilingi pokok-pokok yang menjulang tinggi.

4. Blue Pool

Blue Pool adalah tarikan unik di Krabi, Thailand. Kolam ajaib ini terkenal dengan keunikan warnanya yang sentiasa berubah-rubah.

Penggantungan tanah liat yang sangat halus di dalam air telah mengeluarkan cahaya di kolam ini dengan penghasilan spektrum warna yang berbeza-beza iaitu hijau dan biru kehijauan.

5. Koh Hong

Koh Hong atau lebih dikenali dengan nama Hong Island merupakan sebuah pulau yang terletak di luar pantai Krabi. Pulau ini merupakan sebahagian daripada taman negara Than Bok Korani.

Setelah sampai di Koh Hong, anda perlu membuat bayaran tambahan untuk taman nasional yang berjumlah 200 baht setiap orang. Setelah itu anda boleh untuk terus pergi ke pantai.

6. Wat Tham Sua

Pusat beribadah yang terletak di Krabi Thailand ini merupakan kuil Buddha yang terletak utara dan timur laut Krabi Thailand.

Kuil ini dibina pada tahun 1975 dan namanya dikatakan berasal daripada harimau yang kononnya tinggal di sini beberapa tahun yang lalu.

7. Pulau Phi Phi

Pulau Phi Phi merupakan antara pulau yang menarik di Asia Tenggara. Perjalanan dari Phuket atau Krabi hanya memakan masa selama 45 minit dengan menaiki bot manakala 90 minit dengan menaiki feri.

Setiap pengunjung pasti akan terpukau dengan kewujudan pantai tropika klasik, formasi batuan yang menakjubkan, ditambah pula dengan kebiruan air laut yang penuh dengan kehidupan marin yang berwarna-warni. Selain itu, aktiviti snorkeling di sini telah menjadi tarikan buat para pelancong. 

8. Koh Tup dan Koh Mor

Koh Tup dan Koh Mur merupakan pulau yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Airnya kelihatan seperti biru kristal mampu menjadikan setiap foto yang diambil terlihat sempurna dan hebat.

Pulau ini terkenal dengan aktiviti-aktiviti snorkeling. Bagi anda yang tidak suka berjalan, anda juga boleh berenang melintasinya. 

9. Kolam air panas Klong Thom

The Klong Thom Hot Spring terletak di daerah Khlong Thom, iaitu berhampiran dengan Khao Phra Bang Kram Nature Reserve.

Air dari mata air yang wujud di sini sebenarnya berasal dari mata air terma yang berasal dari ruangan vulkanik bawah tanah. Masyarakat setempat percaya ia dapat mengurangkan beberapa penyakit termasuk rematik, sciatica, dan kerengsaan kulit.

10. Paya bakau Ao Luk

Kawasan ini merupakan salah satu persekitaran semulajadi yang dipelihara. Selain itu, paya bakau ini juga merupakan tuan rumah kepada dua taman negara iaitu Than Bhok Khorani dan Taman Negara Khoa Phanom Bencha.

Pekan kecil Ao Luk adalah sebuah perkampungan asli Thailand dan merupakan tempat yang menarik untuk berehat seketika bagi orang-orang yang memandu dari Phuket ke Krabi Town.

Kesimpulannya, terdapat beberapa tempat menarik di Krabi, Thailand yang wajar dilawati. Jadi, tunggu apa lagi, ayuhlah melawat Krabi.

Penulis:

  • Nurul Atiqah Binti Johari adalah pelajar dari Fakulti Filem, Teater, dan Animasi.
  • Dr. Mohd Suhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater, dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan destinasi percutian, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca