Warna Biru Di Dalam Atau Di Luar? Doktor Ini Jelaskan Cara Pemakaian Sebenar Pelitup Muka

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan ketika berada di kawasan awam yang sesak dan dipenuhi ramai orang.

Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa orang yang masih keliru tentang pemakaiannya apatah lagi apabila pelitup muka yang dijual datang dalam pelbagai warna.

Sehubungan dengan itu, Dr. Arisman Abdul Rahaman yang merupakan Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurutnya, pemilihan pelitup muka adalah sangat penting sebelum memakainya.

“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja. Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman COVID-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Dr. Arisman turut menyenaraikan lima tips membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.

1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?

Jawapan: Warna biru

2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?

Jawapan: Warna hijau

3. Kalau warna lain pula, misalnya ungu? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?

Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.

4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?

Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.

5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?

Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ia masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca